I'm not single & I'm not taken. I’m simply on reserve for the one who deserves my heart because they say good things take time.

Tuesday, 7 June 2011

coreTAn suaTU ketika DAhulu aku.....

Aku ingin berubah. Aku ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Aku yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana lelaki memasuki hatinya sebelum benar2 tiba masanya.
Namun, takala aku merasakan diriku cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji diriku. Allah menghadirkan diriku dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Diriku dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwaku. Padaku dia pada mulanya baik dan sentiasa menasihatiku memberi kekuatan dikala aku kesedihan. Kiranya,pada dia aku luahkan kesedihan hidupku.
Aku percaya cinta dari Allah, tapi aku lupa itu bukan caranya. Aku alpa. Hatiku sudah tidak seperti dahulu. Hatiku dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan aku tidak sedar aku sudah berubah, bukan juga aku tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Aku menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka. Aku benar-benar leka dikala aku sunyi dan memerlukan teman bicara serta melihat ramai teman sudah mempunyai teman masing-masing.
Aku sudah jauh dari hidayah Allah. Imanku rapuh, syaitan menari-nari tatkala aku membenarkan hatiku kasihku sayangku cintaku tumpuanku sudah beralih arah ke dia berbanding DIA. Tempat yang sepatutnya sering aku tangiskan segala permasalahan ku dahulu pada tiap2 malam aku banjirkan air mata ku padaNYA kini sudah ku coretkan pada dia .
Tidakkah aku takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, aku sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangku pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padaku. Saat diriku berutus cinta, aku masih lagi solat, aku tidak lupa tanggungjawabku. Tidak aku lupakan DIA sepenuhnya. Namun mungkin solatku masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imanku dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada diriku. Di saat masing-masing menyepikan diri seketika  di kala kesibukan tuntutan perjuangan menuntut ilmu , diriku dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, aku bangun untuk bersolat taubat. Menangislah diriku sepuas-puasnya. aku memohon petunjuk pada Allah, aku ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupku dan aku nekad untuk berubah. Namun hatiku sedikit takut akan janji Allah.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”
Apa yang patut aku lakukan kini. Aku mula merasakan aku bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Aku menutup pintu hatiku seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimananku yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk diriku bertemu dengan seseorang yang mencintaiku kerana Allah.
“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.”



w
a
n
z
a
h
i
d
a
h


assalammualaikum....slm ikhlas dr sy <3....don't forget to spread love to all the universe...



No comments:

Post a Comment