I'm not single & I'm not taken. I’m simply on reserve for the one who deserves my heart because they say good things take time.

Monday, 18 July 2011

bulan allah


Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban
1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

aku rindukan syaabanmu ya allah


Suatu hadis yang dirawikan oleh Atha bin Yassar, "pada malam Nifsu Syaaban, dihapuskan oleh malaikat maut, setiap orang yang hendak meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain,Dan seseorang menanam tanaman, menikah isteri serta membangun rumah dimana namanya telah dihapuskan sebagai orang yang mati.Tetapi malaikat maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahakan, maka kemudian mencabutnya..."
Imam Ahmad merawikan bahawa Rasullullah merawikan :
Pada malam Nifsu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengumpul seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang musyirik dan orang yang memeberati dengan dosa.
Rasulullah S.A.W menyatakan:
Malaikat jibril mendatangiku pada malam nifsu syaaban 15 Syaaban seraya berkata 'Hai Muhammmad, malam ini pintu pintu langit  dan pintu rahmat dibuka .Bangunlah dan sembahyanglah angkat kepalamu dan tadahlah dua tanganmu ke langit!
Aku pun berkata,"Hai jibril, malam ini malam apa?''
Jibril menjawab, "Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni segala kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu,kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang yang bermusuhan, orang yang terus menerus minum khamar (arak), terus menerus berzina, memakan riba, derhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan sillaturahim. Tuhan tidak akan mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan segala kejahatan itu..."
Rasullullah pun keluar, lantas megerjakan solat dan menangis dalam sujudnya ,seraya bermohon, 'Oh Tuhan. saya berlindung kepada-Mu dari azab seksa-Mu dan dari kemurkaaan-Mu, tiada ku batasi pujian kepada-Mu sebagaimana engkau telah memuji diri-Mu. Maka bagiMulah segala puji pujian itu hingga Engkau redha...
Rasullullah bersabda:
Barang sesiapa memuliakan bulan Syaaban dan takut kepada Allah,beramal taat kepadaNya dan menahan dirinya dari perbuatan maksiat, nescaya diampuni Allah segala dosanya dan dipelihara Allah ia pada tahun itu dari berbagai cubaan dan penyakit.."

again hehe sumber: iluvislam.com

air tgn org yg tidak solat...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. 
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".  Maksudnya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.."
Wallahualam

sumber: iluvislam.com

Tuesday, 12 July 2011

ceritew

asslammualaikum chume2 hehehe..jwb tanda nyer awok2 chume cayunk chaye tp klu xjwb hehe org kate t awok2 berdhosye erk haha

waa lamenyer cuti kali nie kan2 haha
memg pnuh mase ak ngn mak ayah abg adik2 n haha jgn dilupekan kucing2 dlm umh
hehe dok umh lelame nie selalu kene mrh..adat la kan >>mak2 kan chukew bebel2 kat anak dara dye yg sowg nie..hehe xkesah la sebb 4 bulan nie memg nak ngn diorg jew..sebb cayunkkkkkkkkkkkk cecangat cecungut kat mak ayah wan op akim muiz..tp kengkadang tue adew ler haha nyakit kan hati ak..yela kadang2 tue deme tue haha cm gedik jew..wekkkkkkkkkkk:P..mentang2 ak nie sowg jer pompuan kt umh nie cis...
cuti nie adalh mase tok menjaga menolong mum n dad.ayh pun kebelakangn nie cm xchihat jew...huhu mak pung sebb asyik chakit n lenguh2 kaki...satu ayt jew ak nak ckp kat mak n ayh.....AKU XNAK HILANG DIORG..wlaupun hehe ak nie palenyer agak degill bebenor
seyes ak takut menanti cmnela ak nak hadapi n ape eak reaksi ak time tue..arghh xsanggup nak memikiorkan huhuhu...IDA CAYANGGGGGGGGGGGG MAK N AYAH >> wlaupun realiti nyer ak xbpe pandai nak tunjukkan ...chiket2 jew adela

bru2 nie hehe planning ngn mak wat birthday party>>makan2 doa2 je tok ayah...heppy burday ayh..hehe
belikan ap lg kfc berbucket2 tok ayh..n cheese kek >>cedap cecangat!!! pastue special tok ayh ak wat kan banana n orange split tok ayah...ice cream rainbow wuuuu nyum2..n yg paling ak chukew...ak dtg dr dapur n jln2 kat ayh n ckp ayah! hepppy burday! >> n tgok ayh cenyum besorrrrrrrrr waaaaaaaa syonoknyerrrrrrrr sebb ayh ak nie cucah ceket nak cenyum..asyik ceriusss jew..
mak pun nmpak heppy jew....hehe lepas sume kekenyangan haha ptg tue pas sume solt zhor kitorg pun tdoooooooo zzzzzZZZ hehe...bg ak wlaupun family ak nie bese2 jew xdela makan n sambut birthday besar2 bsaran tp mase n waktu time kitorg sume bersame tue yg penting bg ak...

papepun jd kat hdop ak...ak cume nak mak ayh ak heppy....sebbnyer..
tanpa kedua ibu bapa kita...xdelah khidupan kita cm skunk nie kan2..

ok ta ta ti ti tu tu :))))))))

Monday, 4 July 2011

aNDA inGIN beRCINta???

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk 

berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis 

dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk 

mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan 

ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). 

Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman 

yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi 

nasi..

Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu 

bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis 

hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia 

berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia 

seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan 

nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

    * Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
    * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
    * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali 

semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah 

diberikan harapan?
    * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
    * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku 

di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, 

molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh 

optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan 

berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula 

akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. 

Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, 

ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa 

kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang 

dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah 

rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan 

juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau 

redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

    * Kerana ALLah?
    * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang 

pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit 

kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup 

berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya 

KEMODENAN?
    * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
    * Kerana empunya diri itu sendiri?
    * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang 

terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek 

dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan 

mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

    * Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini 

telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. 

Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan 

hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda 

hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari 

jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah 

keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari 

sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan 

perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

    * Seminggu?
    * Sebulan?
    * Tiga, empat tahun?
    * Sehingga habis belajar?
    * Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan 

bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan 

bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan 

tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang 

sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda 

sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan 

tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

    * Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil 

elektrik, bil internet,
    * Masa yang anda korbankan untuk sidia
    * Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk 

melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda 

menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal 

sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda 

rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang 

suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan 

ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta 

tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk 

bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta 

makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia 

menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?